Thursday, December 8, 2011

Indahnya Bahasa Kita

ANAK TERUNA MENANAM BETIK,
BUAH CEMPEDAK DALAM RAGA,
APA GUNA BERWAJAH CANTIK,
KALAU KURANG BUDI BAHASA.

Kata-kata hikmat
- Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa.(pepatah melayu)
- Mengatur bahasa bererti mengatur fikiran bangsa,menambah kata-kata bahasa bererti menumbuhkan fikiran
   bangsa.Bahasa itu adalah jiwa bangsa.

SAJAK BAHASA

Kala sang pendita bersabda.andai ditebang seluruh rimba,
Dijadikan lembaran mencatat kata,
Andai ditakung lautan gelora,
Dijadikan tinta tarian pena,
Ianya masih tidak bisa,
Untuk mencatat tiap butir bicara,
Kala sang pendita bersabda.

Pendita tua itu tidak pernah kenal erti penat,
Berjuang dengan tiap sisa kudrat,Moga segala impian menjadi hakikat,
Melihat tanah dan bangsa berdaulat,
Terus mekar menjunjung adat,
Melihat bahasa jadi makrifat,
Terus diwarisi bagai riwayat,
Moga tiap lafaz kata jadi azimat,
Kekal berzaman sumber semangat.

Andai pendita itu masih di sini,
Pasti akan gugur airmata ke bumi,
Melihat usahanya yang tidak dihargai,
Bahkan diinjak tanpa simpati,
Warisannya dicabuli,
Impiannya hancur sama sekali,
Bahasa indah kini berlagu sepi,
Ditelan arus modenisasi,
Yang kononnya serba serbi terkini,
Hingga pusaka menjadi galang ganti.

Benar kita harus maju,
Berusaha menambah ilmu,
Tingkatkan kualiti dan mutu,
Namun apa yang berlaku,
Bak berdagang bertukar gaharu,
Melepaskan apa yuang ada dahulu,
Umpama tidak bernilai usaha lalu,
Untuk mengejar peradapan baru,
Sedangkan keduanya perlu bersatu,
Berpimpin tangan berganding bahu,
Bagai isi dengan kuku.

Ayuh taulan kita bersama,
Perjuangkan bahasa ibunda,
Moga tak lenyap ditelan masa,
Menjadi sejarah dunia,
Berbanggalah dengan pusaka
Lambang perpaduan bangsa,
Meskipun harus berbahasa kedua,
Bahasa ketiga atau apa jua bahasa yang ada,
Jangan dicemar warisan lama,
Cintailah bahasa kita,
Kerana,
Bahasa Jiwa Bangsa.

Tuesday, December 6, 2011

BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C

Format Bahagian C
1. Dalam bahagian ini calon akan diberi sama ada sebuah petikan berupa fakta,
cerita, dialog atau pun puisi.Bahagian ini tiada pilihan dan wajib dijawab.
2. Calon dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi berdasarkan
arahan-arahan tertentu.
3. Jawapan hendaklah dibuat dalam satu perenggan sahaja.
4. Panjang karangan lebih kurang 50 patah perkataan (arahan soalan tidak lebih
50 patah perkataan).
5. Jumlah markah - 20 markah.
6. Masa dicadangkan - 20 minit sahaja.
Sebelum Menjawab
1. Baca dan fahami arahan soalan.
2. Fahami kata kunci yang diberi sama ada meminta menulis tentang
a) nilai murni,
b) amalan baik,
c) pengajaran atau seumpamanya.
3. Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.
4. Baca petikan atau puisi yang diberi sekali lagi secara ayat demi ayat dan gariskan perkataan, frasa / rangkaikata yang mempunyai nilai-nilai murni, pengajaran atau sebagainya mengikut arahan soalan.
5. Jika terdapat nilai yang negatif, jadikan nilai itu kepada positif. ( Contoh: bangun lewat - bangun awal / malas ke sekolah - rajin ke sekolah)
Semasa Menjawab
1. Berpandukan nilai-nilai murni/pengajaran yang telah dicatat, tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis.
2. Pengajaran/nilai murni yang ditulis hendaklah disertai contoh-contoh dalam petikan.
3. Hanya contoh yang terdapat dalam petikan sahaja diterima.
4. Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja.
5. Elakkan / jangan menyalin semula nilai murni/pengajaran atau petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.
Selepas Menjawab
1. Baca semula keseluruhan jawapan dan semak 5 aspek kesalahan bahasa dari segi perbendaharaan kata, struktur ayat, imbuhan, ejaan dan tanda baca.
2. Pastikan tiada idea / isi yang tertinggal.Lima idea/isi/nilai murni/pengajaran mesti dikemukaan.
3. Baiki tulisan/perkataan yang tidak jelas.
Anda mungkin juga meminati:
Calon dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi berdasarkan
arahan-arahan tertentu.
3. Jawapan hendaklah dibuat dalam satu perenggan sahaja.
4. Panjang karangan lebih kurang 50 patah perkataan (arahan soalan tidak lebih
50 patah perkataan).
5. Jumlah markah - 20 markah.
6. Masa dicadangkan - 20 minit sahaja.
Sebelum Menjawab
1. Baca dan fahami arahan soalan.
2. Fahami kata kunci yang diberi sama ada meminta menulis tentang
a) nilai murni,
b) amalan baik,
c) pengajaran atau seumpamanya.
3. Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.
4. Baca petikan atau puisi yang diberi sekali lagi secara ayat demi ayat dan gariskan perkataan, frasa / rangkaikata yang mempunyai nilai-nilai murni, pengajaran atau sebagainya mengikut arahan soalan.
5. Jika terdapat nilai yang negatif, jadikan nilai itu kepada positif. ( Contoh: bangun lewat - bangun awal / malas ke sekolah - rajin ke sekolah)
Semasa Me

3. Baiki tulisan/perkata

3. Baiki tulisan/perkataan yang tidak jelas. PANDUAN PENULISAN 

Jenis-Jenis pantun 2

PANTUN JENAKA DAN PERMAINAN

1. Dik dik do,
    Budak cerdik kena bodo.

2. Ngak ngak si,
    Gigi rongak tinggal gusi.

3. Kura-kura dalam perahu,
    Pura-pura tak tahu.

4. Buah kacang putat hilang satu-satu,
    Tidur adik tidur takut burung hantu.

PANTUN TEKA TEKI

1. Buah budi bidara mengkal,
       Masak sebiji di tepi pantai,
    Hilang budi bicara akal,
       Buah apa tidak bertangkai.

2. Kalau ada tombak kencana,
       Gunung Daik boleh didaki,
    Kalau tuan bijak laksana,
       Apa binatang keris di kaki.

3. Tugal padi jangan bertangguh,
       Kunyit kebun siapa galinya,
    Kalau tuan cerdik sungguh,
       Langit tergantung mana talinya.

PANTUN KEPAHLAWANAN

1. Adakah perisai bertali rambut,
       Rambut dipintal akan cemara,
    Adakah bisai tahu takut,
       Kami pun muda lagi perkasa.

2. Apa guna kepuk di ladang,
       Kalau tidak berisi padi,
    Apa guna berambut panjang,
       Kalau tidak berani mati.

3. Tebu bukannya bangkut,
       Rama-rama terbang ke kuala,
    Bukan kami kaki penakut,
       Berani kami berkorban nyawa.

Jenis-Jenis Pantun

PANTUN ADAT DAN RESAM MANUSIA

1.   Banyak udang banyak garam,
      Banyak orang banyak ragam.

2.   Kayu kurus dalam ladang,
      Kerbau kurus banyak tulang.

3.   Lain dulang lain kakinya,
      Lain orang lain hatinya.

PANTUN AGAMA DAN KEPERCAYAAN

1.   Bunga kenanga di atas kubur,
         Sayang selasih bunga angkasa,
      Apa guna sombong takbur,
         akhir badan rosak binasa.

2.   Banyak bulan perkara bulan,
         Tidak semulia bulan puasa,
      Banyak Tuhan perkara Tuhan,
         Tidak semulia Tuhan yang esa.

3.   Hari ini hari Khamis,
         Besok hari Jumaat,
      Barang siapa senyum dan manis,
         Itulah tanda umat Muhammad.

PANTUN BUDI

1.   Ada ubi ada batas,
      Ada budi boleh dibalas.

2.   Bunga cina di atas batu,
         Jatuh daunnya ke dalam ruang,
      Adat dunia memang begitu,
         Sebab emas budi terbuang.

3.   Banyak padi perkara padi,
         Padi yang mana ditanam orang,
      Banyak budi perkara budi,
         Budi mana dikenang orang.

Pantun

Pantun memang tidak asing kepada kita.Secara tidak langsung atau langsung kita telah bertembung dengannya.Pantun menjadi langam yang utama dalam dendangan rakyat seperti yang terdapat dalam Boria,Dondang sayang,Rentak Kuda,Dikir Barat dan beberapa bentuk nyanyian rakyat lagi.Malah mutakhir ini, pada nasyid yang dianggap bersifat keagamaan sekalipun,terdapat pantun yang digunaklan secara meluas sekali.
Selain daripada nyanyian dan dendangan rakyat,pantun juga digunakan secara formal dalam majlis minang meminang dan majlis nikah kahwin.Malah ada pemidato ataupun pembicara umum yang membuka dan menutup pidato ataupun ucapannya dengan pantun.
Dengan takrif di atas jelaslah betapa pantun ialah satu jenis puisi Melayu tradisional di samping syair,teromba dan lain-lain bentuk lagi yang telah dikenali umum.Perhatikan beberapa contoh berikut :

1. Hujanlah hari rintik-rintik,
Tumbuh cendawan gelang kaki,
Kami 'sepantun' telur itik,
Kasih ayam maka menjadi.

2. Hanyut perian bertali rumin,
Penuh berisi gala-gala,
Tuan 'sepantun' kilat cermin,
Di balik gunung tampak juga.

Jika kita teliti perbendaharaan ungkapan dalam kategori peribahasa dan perumpamaan Melayu,kita akan mendapati yang kebanyakan peribahasa dan perumpamaan tersebut menggunakan salah satu daripada kata-kata di atas.Begitulah hebatnya peranan pantun dalan kehidupan masyarakat Melayu.

Sunday, October 30, 2011

CINTAI LAH BAHASA KITA

Apakah yang dimaksudkan dengan Bahasa Jiwa Bangsa?
Bahasa melambangkan identiti sesuatu bangsa.Asas ketrampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang ditutur oleh masyarakatnya.Budi bahasa budaya kita.Ini lah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita sebagai penutur Bahasa Melayu tanpa mengambil kira latar belakang bangsa di tanah air tercinta ini menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat beradab.Bahasa yang kita tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita.Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia  yang mempunyai keistimewaan tersendiri, terutamanya kita diberi jolokan oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi bahasa,peramah dan melayan tetamu dengan sopan.Pantun melayu ada mengungkapkan:

Yang Kurik Itu Kundi,
Yang Merah Itu Saga,
Yang Cantik Itu Budi,
Yang Indah Itu Bahasa.

Demikianlah pantun melayu yang menggambarkan betapa penting kita menjaga adab dan pergaulan daripada aspek pertuturan.Gurindam melayu juga ada berbunyi :

Kalau cakap tidak cermat,
Tentu kamu tidak selamat,
Kalau kelakuan tidak cermat,
Tentu hidup tidak selamat.

Oleh itu,gunalah bahasa yang santun.Buktikan kita berupaya menjadi masyarakat yang bertamadun,kaya dengan budi bahasa dan mempunyai minda kelas pertama.